Dec 17, 2010

hospital dan ragam manusia.. part 1

yang menulis: adzarine at 9:14 PM
salam..

baru tiga hari lepas, aku balik kampung tolong jaga nenek aku yg kne warded. em, yela orang tua ada sakit jantung. sakit jantung nih bukan perkara kecil yg boleh diabaikan je. itu berkaitan dengan nyawa kn. sementara aku cuti nih boleh la aku tolong jagakan. naik bas sampai batu pahat and terus ke hospital. tugas aku jaga nenek pada waktu malam. shift malam la kononnye. bukan ta boleh tinggalkan nenek aku tuh, tapi dia orangnya penakut sikit. tambahan lagi dia ta berapa kuat. kalau malang ta berbau silap-silap terjatuh dalam tandas kn tambah lagi satu sakit. so, sebagai cucu yg berdedikasi nih,cewah! aku jaga la nenek. malam bukan ada buat apa pun. yg penting jangan sampai tido mati la ea. hihi..

nih nenek tsayang.. nmpk cm sakit sangat..cian dia kn..;(

dalam tempoh dua malam aku berjaga, memang macam2 ragam manusia yg ada dalam rumah sakit tu. aku bertuah kerana nenek cuma di warded dalam wad perubatan wanita, bukan sakit yg teruk2 seperti kemalangan. ta ada pesakit yg mengerikan. almaklumlah aku nih mabuk darah. sebab tu ta dapat jadi doktor. ngeh3~ antara pesakit yg berada dalam wad perubatan adalah pesakit yg mengidap sakit jantung, kencing manis, demam panas, dan buah pinggang. pesakit2 dalam wad nih memerlukan penjagaan rapi kerana sakit yg mereka hidapi memang ta dapat dijangka.

macam mane penjagaan tu?? setiap beberapa jam, nurse @ misi akan mengambil tekanan darah setiap pesakit dan dicatat supaya mereka dapat mengesan kestabilan pesakit. kalau pesakit tu ada kencing manis @ diabetes, nurse akan periksa kadar gula dalam darah. bagi pesakit jantung, pagi2 nurse akan merekod degupan jantung supaya doktor dapat membaca nya lah. penjagaan nurse memang terbaik!

dalam pada tu, ada juga pesakit yg ta mahu bekerjasama dengan nurse. yela, mungkin mereka rasa sakit dan bosan bila diperlakukan macam tu. tapi sebagai nurse, mereka melayan pesakit dengan sabar dan baik hati. kerja mereka sangat mulia. ta dapat dinafikan lagi. kalau pesakit sedang tidur, mereka kejut dengan lembut. seronok tengok mereka buat kerja. =) waktu pagi pula, doktor akan periksa keadaan pesakit. ada ramai doktor yg bekerja pagi tu. ada yg periksa dan buat catatan, ada juga cuma mengambil darah pesakit untuk dibawa ke makmal. oh! part paling aku ta suke bile tengok doktor ambil darah pesakit. terasa pening sekejap kepala nih. hee~ bila doktor da buat pemeriksaan, doktor pakar akan datang untuk buat keputusan selanjutnya. time tu, aku dapat rasa hati nenek aku tengah berbunga-bunga harapan supaya dapat keluar dari hospital tu. hehe..


bersambung..nanti aku cerita lagi..;)

0 cakap-cakap:

Post a Comment

let me know ya!

 

letting you know Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates