wah lame aku ta mengadap blog nih. kadang2 ta tahu nak mumbling ape. kan lebih bagus diamkan diri daripada membazir air liur membebel perkara yang ta penting. betul ta? ;) sekarang aku berada di semester akhir, pergh skema ayat aku! bila da semester akhir nih sape2 pun akan rasa tersangat la pressure lagi2 ada projek besar yang perlu disiapkan. tujuan entri aku hari nih, nak lepas geram dengan ambil masa ckit mumbling perkara yang aku paling suka buat bila aku tension. aku tahu mesti ada orang yang setuju dengan aku jugak kan kan kan?? sama2 kita menghayati..
5 perkara yang digemari:
1. makan banyak @ ta nak makan
perkara makan atau tidak adalah mengikut mood aku. kadang2 tym tension aku makan banyak gila rasa macam nak pecah perut pernah la jugak. tapi ada tym aku ta selera langsung nak makan pandang pun ta sanggup la. rasa macam nak nangis je tengok makanan tu. ;(
2. dengar lagu kuat2
bila tension, aku terus pasang earphone kat telinga aku and pilih lagu yang menarik. menarik pada aku bermaksud lagu2 HARDCORE babeyh! ye, favourite aku System of a Down (SOAD). lagi bising lagu tuh lagi puas aku dengar. volume yang aku pasang sampai orang sebelah boleh cakap wei ta payah pasang earphone pun aku da bole dengar la!! haha.. puas hati aku! huh!
3. menangis
menangis dalam situasi ini bukan bermaksud aku cengeng ye. aku menangis kerana geram yang teramat sangat! yeah itu semangat yg kita perlukan. wahahaha!! bunyi menangis pun da bole bezakan antara sedih and geram. puas nangis, hilang laa tension aku. =)
4. conteng2 kertas
perkara nih jarang2 aku buat la tapi nih salah satu cara halus melunaskan ketensionan aku. conteng la pape pun, lukis ni tulis tu. kadang2 sampai lunyai jugak la kertas tu dibuatnya. baru la seru ckit hilang pressure terperuk dalam pale otak aku nih haa..
5. suka tengok pisau
jangan tiru aksi ini!! tahap tension aku pernah sampai geram gila tengok pisau rasa macam nak cucuk2 je kat mana2 yang aku suka. perkara yang paling aku elak sangat untuk buat. setakat nih ada buat?? hmm ta perlu tahu laa yea. aku nak cuci tangan maen2 pisau nih. ;)
aku memang tengah tension sekarang coz baru je kena bambu dengan supervisor projek aku. ta pe, tu aku jadikan pembakar semangat untuk terus siapkan kerja2 dengan sempurna. dan perkara yg aku buat sekarang untuk hilangkan tension adalah perkara no 2. cukup la untuk hari nih. pesanan aku, cuba la bekerjasama dengan pressure tu sebab bila di alam pekerjaan tu memang penting untuk pandai menangani pressure kita. =)
p/s: buat kerja sampai mati.. keh3~ ;D
0 cakap-cakap:
Post a Comment
let me know ya!