salam ,
Semalam dengan hari ni boleh dikatakan penat yang teramat . Jarang jarang sekali aku penat time musim cuti . haha . Biasanya kalau cuti katil lah 'port' lepak aku bersama kakak . Tiada ape yang special kalau musim cuti tiba . Paling paling layan 2-3 movie sehari . Paling teruk layan facebook sampai ke malam . Paling indah pun dapat ber-shopping bersama keluarga .
Balik kepada tajuk yang aku nak kongsi . Disebabkan Isnin depan aku perlu lapor diri di sekolah baru , maka cuti ini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin . membeli barang keperluan biasanya .Kalau dekat rumah , segalanya serba kongsi . hmm biasalah sharing is caring . Shampoo , Sabun , Ubat gigi semua serba berkongsi. hmm macam membazir lah pulak nak beli satu sorang . Jadi bile aku dapat tawaran MRSM ni aku kene lah beli macam2 keperluan . aduh susah betul . Nasib baik ade kakak yang tolong . haha anak bongsu lah katakan .
Plus selama ni aku tak pernah berjauhan dengan family , so untuk berpindah ke sekolah asrama yang nun jauh di tempat terpencil merupakan satu cabaran . huh bersiap sedia lah . aduh . Kalau bab basuh kasut , iron baju dengan bangun awal tu aku rase no hal . dekat rumah pun kene buat sendiri . Nak bangun pagi tunggu bas pun aku kene bangun awal . tidak ada yang perlu dirisaukan agaknya . Tapi yang menjadi masalah ialah masa yang perlu dikejar . haha kalau dekat rumah goyang kaki je sampai pukul 12 am baru nak pergi gosok baju . Tapi disana mesti lah tidak kan . okey rushing mesti menjadi amalan .
Bahas soal nasihat . Peh memang ramailah kawan2 aku yang memang budak asrama nak bagi motivasi . Masing2 mainkan peranan untuk try ceramah . haha . nasihat paling common lah .
zaki : kau nanti kene rajin sikit . jangan buat hal kau je . kau kene friendly sikit . huh dengar tak .
afeeqi: kau jangan malas malas . kene talkative sikit . nanti semua kau kene buat sendiri . tahu tak ?
deeba: pandai pandai kau lah urus diri . jangan tak terurus sudeh .
kakna: kau ni kene belajar sikit berdikari . kat rumah tahu belajar je . semua tak tahu . haish .
Peh kalau hari2 dengar memang panas lah telinga . Nasib baik tak selalu dengar . Yang agak memelikkan , yang bagi nasihat boys . member perempuan aku biasa cakap ' alah , relax aje ' . Hmm dunia . Thanks lah bagi nasihat . Akan ku pikir 2 kali untuk melaksanakan nya . haha . Harap harap aku bahagia aman sentosa di sana . aduh sedih pulak . And lagi menggedik dalam hidup ialah aku tak makan maggi and biskut . huh cemerlang punye teruk . Ade lah certain biskut yang aku makan tapi tak semua . Kakak2 aku semua bagi ayat ' tu lah kau , tak pernah duduk asrama . Hari2 kat rumah makan sedap . Sampai kau gemuk . Teruk betul kau tak makan biskut ' . Peh tak terjawab aku .
Feb 5, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 cakap-cakap:
Post a Comment
let me know ya!