Mar 26, 2011

telinga bingit asalkan tension hilang

yang menulis: adzarine at 6:57 PM
salam semua..

petang ni memang terasa tension gila sebab banyak lagi projek yang belum siap. ada lagi dua minggu sebelum final viva. cuak ta cuak lah aku kan. tido malam pun termimpi-mimpi macam mana nak sudahkan kerja tuh. aduhai, aku ta dapat nak cerita kat parents aku coz diorang confirm ta paham betapa penting nya PSM ni dalam hidup aku sebagai student IT di UTHM. oh please! fakulti kami memang letak high expectation kat student diorang. sistem yang kitorang develop memang sangat gempak lah kan, bak kata akak2 yang suda bekerja dalam bidang IT nih. kalau dulu, cuma develop satu sistem web-based yang biasa2 je da cukup gempak da. tp sekarang sape yang buat web-based kena tambah sistem SMS. aku rasa 90% daripada student kitorang ada main dengan device. embed sistem dengan device contoh cam SMS, RFID, thumb print, dan lain2. gempak kan kitorang??

sistem yang gempak kena lah pale otak pun gempak jugak. dan akhirnya, rasa macam nak explode je kepala ni struggling nak siapkan sistem. macam aku cakap, sampai mimpi pun pasal benda ni. nak ta nak kena jugak buat, aku kalau boleh ta nak repeat semester, eventhough tade hal pun nak repeat coz umur aku muda lagi. tapi aku jugak ta nak la dapat gred setakat lulus je untuk PSM ni. huhu.. jadi, aku kena berusaha tersangat-sangat gigih sekarang memandangkan tinggal dua minggu je lagi.

sekali mengadap laptop sampai ta ingat nak makan, ta selera pun tengok makanan tuh. bila da give up gila, tahap tension pun confirm da sampai maximum. pale aku nih craving for headbanging songs. nak pusing2 kepala ala2 cam kat metal gig tuh. korang nak tahu lagu ape yang aku layan?? ok, antara favorite aku adalah:

1. system of a down : dari aku kat sekolah menengah aku layan lagu2 diorang ni. member aku yang kenalkan band ni kat aku. since then kalau aku tension aku plug in lagu ni kat telinga, scoll volume paling maximum and layan sambil tutup2 mata. bila da rasa cam nak vomit, tu maksudnya aku da puas dengar, tension pun hilang..

2. linkin park : ok, sounds old and gila ketinggalan zaman dengar LP. and METAL kah diorang?? kalau korang dengar lagu2 dari album 'HYBRID THEORY' confirm terasa nak menjerit-jerit sebab album ni memang banyak gila lagu yang menjerit-jerit macam orang gila pun ada. hah. lantak lah, yang penting muzik dia bising and buat telinga aku terasa full dengan muzik diorang tuh..

tu je la favorite aku. aku bukan lah orang yang minat sangat dengan lagu2 macam ni, metal and rox gitu. ini sebenarnya macam habit aku dari kat sekolah lagi. yang penting aku puas and hilang rasa tension. dats all.. ok cukup setakat ini. aku nak sambung struggling siapkan PSM. have a nice day.. ;)

p/s: layan muzik sahaja, bukan lirik yang bukan2 tuh ye..

0 cakap-cakap:

Post a Comment

let me know ya!

 

letting you know Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates