Sep 19, 2011

pengangkutan awam VS pengangkutan sendiri

yang menulis: adzarine at 2:30 PM
helo world! ;)

jam menunjukkan pukul 2.30 ptg and korang sume da lunch? aku bet sume da dah terlentang kekenyangan skrg. Haha aku pn. burrpp! *sakai anak dara nih*

hari ni, macam tak de kerja mungkin kerana minggu lepas kerja bertimbun, pC buat hal, senior duduk satu hari dengan trainee lembab macam aku nih, so hari ni kerja siap hati pun lega dan happy.. ;)) tapi bila dah tak de kerja mula la blogwalking, search perkara2 yang takde hala tuju *except yg mmbatalkan iman la* dan terasa nak update blog sendiri walaupun mungkin entry tak de faedah. haha!

da sebulan aku practical, sebulan jugak la aku turun naek bas, jalan kaki berpanas dan berhujan. dalam pada mengenang nasib kenapa aku belum ambil lesen, aku sempat meng-observe keadaan sekeliling yang mana kebanyakan orang zaman ini lebih suka drive kenderaan sendiri berbanding naik pengangkutan awam. ada jugak yang tak pernah langsung naik kenderaan awam dan tak tahu macam mana nak naik. ceit! ini nak buktikan kau tu kaya sgt ke hape??

for sure, isu ni aku fikir dalam bas yang aku naik untuk pergi menimba ilmu sekaligus dapat elaun boleh2 je. ye lah, macam mana bole timbul petanyaan stesen mana patot kita turun kalau nak pegi time square dan sebagai nya. faktor paling utama dalam isu ni adalah bila tak semua tempat ada pengangkutan awam lalu.

mungkin malaysia ni dah semakin pesat membangun dan taman-taman perumahan yang di bina terlalu banyak sehingga kemudahan awam yang di sediakan tidak mampu menampung dan memuaskan hati rakyat. sebagai contoh, bas yang aku naik hanya masuk taman perumahan aku sahaja, tidak ke taman perumahan belakang taman aku. jadi penduduk mungkin terlalu malas untuk menapak berjalan kaki ke bus stop di depan dan cara paling senang adalah menaiki kenderaan sendiri, plus lebih cepat jimat masa dan mungkin terasa lebih selamat. setuju?

dan bila bas tak cukup, orang malaysia naik kenderaan sendiri, kemuadahan yang di sediakan juga di kurangkan demi menjaga bajet syarikat. dan akhirnya mangsa secara tidak langsung adalah mereka yang masih menggunakan kenderaan awam kerana belum ambil lesen termasuk la aku. =.="

for once, bila korang keluar rumah naik ape2 je la, korang cuba usha setiap kenderaan yang ada di jalan raya. for sure, lebih banyak kenderaan yang di gunakan hanya untuk seorang penumpang sahaja iaitu pemandu nya. akibat nya, jalan lebih bertambah jammed dan semua orang akan tersekat dalam masalah lalu lintas. fenomena ni aku panggil 'car overload'. kalau korang tak percaya, cuba korang lalu depan hospital serdang yang cantik tu pagi2, mulut korang mesti cakap perkara yang sama dengan ape aku cakap ni. kenderaan terlalu penuh sampai parking pun tepi highway je. hadoiii~

*kenapa aku tepek gambar ni? mungkin untuk kesedaran rakyat sejagat*

aku memang minat tang kereta ni, tapi bila berfikir tentang fenomena bila semua orang ada kereta sendiri aku dapat bayangkan betapa sesak nya malaysia dengan kenderaan. dan ni buat aku berfikir semula untuk melangsaikan impian membeli kereta. mungkin susah nak bergerak tanpa kenderaan sendiri, dan kemudian aku buat conclusion lepas dapat lesen aku akan lanyak dulu kereta ayah aku yang jarang-jarang di gunakan. itu lebih baik kan. ^.^

sekian, terima kasih. ;)


0 cakap-cakap:

Post a Comment

let me know ya!

 

letting you know Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates