Oct 1, 2011

klinik sukan ? (OH MY)

yang menulis: Akira camryn at 6:43 PM
assalamualaikum dan salam sejahtera .
maaf kerana dah lame sangat belog ini terbiar tanpa entri baru . Biasalah busy dengan hidup . eceh poyo je , busy mengejar silibus sekolah . Maklumlah tak lame lagi dah nak final exam . Jadi di kesempatan ini aku nak mengucapkan cha chayok2 chacha chayok2 kepada batch form 4 yang terbaik :) 

Pagi tadi , aku telah menghadirkan diri dalam satu program baru disekolah yang cool <3 iaitu klinik sukan , satu murid satu sukan . so yang terlibat ialah form 1 2 4 . Kami diberi pilihan untuk memasuki 1 jenis sukan daripade 10 pilihan yang diberi . Jadi aku dengan keyakinan yang tinggi memilih BOLA TAMPAR . in english we call VOLLEYBALL . am i right ? eceh . okey kenape BOLA TAMPAR yang jadi pilihan aku ? hal ini kerana aku paling lemah malas nak merebut bola . Hakikatnya aku ni bersaiz kecil , paling terror pon aku dok celah ketiak orang lain . Tak sanggup :( 

Kami diajar tentang teknik2 asas dalam sukan . Walaupun asas , tapi ramai bantai failed . ramai je yang dok beratur nak try servis bola berkali kali akibat tak lepas net . Tapi tidak aku , aku servis sekali je . Nampak bola lepas net terus angkat kening . eceh takdelah . nampak bola lepas net aku pun bersyukur hingga tak terhingga . haha :) 

And tadi aku pun tatau lah siape yang tak puas hati dengan aku , yang aku tahu die ialah seorang budak lelaki yang sebaya dengan aku telah servis bola dengan emosinya . fuhh . Dengan keyakinan dan kekuatan dalaman , die terus memukul bola yang padu dengan kencang . Bola terus melambung tinggi and and and BAMMMMMMMMMM kene perut aku . Walaupun sakit tapi aku tetap maintain . Buat buat tak sakit lalalalala .. its okey as long die pon dah mintak maaf dari jauh -,- 

kehadiran yang cukup baik hari ni . 99% kehadiran penuh . Yang 1% tu jangan menyesal pulak ;)

0 cakap-cakap:

Post a Comment

let me know ya!

 

letting you know Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates