Feb 16, 2011

cerita basi mrsm

yang menulis: adzarine at 8:13 PM
salam..

tajuk entri macam kurang hasam je kan. tu bukan bertujuan mengutuk-ngutuk SBP yg baguih, itu cuma penyedap rasa. (^.^) ceritanya begini, adik aku dapat tawaran ke MRSM Pontian,bole tahan jauh kalau ta tahu jalan pintas @ shortcut. *ha, nak sangat rasa jadi budak asrama kan, hambik kau jauh gile!* kalau nak dikira-kira da minggu kedua dia duduk sana. minggu lepas orientasi, macam biasa lah budak intake baru.. disebabkan internet macam gampang, haprak 3g pun ta dapat kat kawasan rumah sewa aku nih, so kena lah cari kesabaran yg paling tinggi dalam ber-blogging..

hari pendaftaran, mak, abah, aku, ta lupa anak buah aku turun padang bersemangat waja pegi menghantar si adik ke MRSM. first impression aku, "not bad. tepi jalan besar, senang nak dapat bas pegi outing." bahahahaha! eh yela, transportation sangat penting ok. tade la ceruk sangat sekolah adik aku nih kalau nak bandingkan dengan sekolah aku dulu tepi sawah *sawah ape, lalang ade lah.* masuk dalam sekolah, "hoh! kecik je beb sekolah kau nih dik. macam cukup2 je tanah untuk buat sekolah. " bagus la tuh, ta perlu nak berlari berpeluh2 nak pegi kelas. ;)



semasa pendaftaran *ini dewan makan ye kawan2*

selesai pendaftaran, sesi kemas barang dalam bilik. aku baru tahu bebudak MRSM nih untung, satu bilik 4 orang. lepas tuh duduk dalam kalangan batch sendiri, no campur2. hmm, bagi aku, ta seronok la coz ta dapat kenal dengan senior2 yang best2. tapi mungkin itu salah satu cara pihak sekolah elak kes buli kot. good for my sister. sape2 ada membuli adik aku, memang tempah terajang kaki aku! i mean it!

sesi kemas barang masuk locker. *almari la tu. cantik pulak aku tengok bunga ros belakang tu.*


da habis kemas, sesi bersama ibu bapa pulak. then, kitorang balik.. sesuatu yang membanggakan adalah bila adik aku ta nangis woaaahh! she's tough yaw! ok, itu saja. aku belum sempat nak pegi melawat dia, tapi dia selalu jugak call aku. buat hilang rindu je. bahahahaha! ;D


p/s: family number one. yeay! ;)

0 cakap-cakap:

Post a Comment

let me know ya!

 

letting you know Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates