ouh da lama blog nih ta di update. semua terlalu sibuk nak buat preparation, aku nak balik u, adik aku nak masuk mrsm. perjalanan kami sama, menghala ke selatan iaitu ke johor yang semua orang tahu di situ banjir. malam ahad hari sebelum kami bertolak, orang kampung dah inform kami, air da naik rumah. paras lutut kau! ta pe, kami lebih excited dengar orang bagi tahu tuh sebab nak la jugak merasa main air banjir. *eh, sebelum nih banjir besar 2006 kami siap mandi manda tau ;p*
pagi2 kami da bangun, siap2 bergerak balik kampung. yeay2!! masuk highway kajang, exit di tangkak sebab berita kan da inform awal2 pagoh da banjir teruk. bila keluar di tangkak, kena lah pusing jauh cket ta nak ambil risiko tenggelam pulak kereta. sampai muar, kering kontang. hati abah da happy, mungkin ta teruk banjir di batu pahat. masuk shortcut jalan di kampung2, tembus kampung itu ini. ada dalam 15 minit melepasi kampung ape aku ta tahu, tiba2 tengok parit da penuh gila dengan air. terus lagi, terus lagi. da nampak rumah yang berendam dengan air. terus lagi, damn!! banjir. air naik sampai jalan tar.. =_="
abah masih belum jumpa jalan nak masuk ke kampung kami. terus lagi, air da makin tinggi, terasa air lalu bawah kaki. air banjir tuh nampak deras. mungkin air laut tengah pasang, sungai pulak penuh. rasa macam nak turun kereta terjun masuk parit, main2 air. tapi mak cakap, " takut kat sini ada buaya tersesat dari sungai, ada yang selamat nanti kang".. haishh, terus kecut perut. da, dok diam2 dalam kereta. abah pulak da bingung cari jalan. buat U turn.. @_@
bila da sampai tempat kering, terus pegi tanya orang kampung kat situ. then, sampai la kami di kampung abah, atas bukit. ta banjir. siap main badminton lagi. ;) sekian, tamat cerita kami. sedikit video buat bukti kami mengharung banjir.. ;)
kualiti ta berapa cantik.. tp boleh laa.. ;D
p/s: ceritera adik..
p/s: ceritera adik..
0 cakap-cakap:
Post a Comment
let me know ya!